JAKARTA, 6 Jun- Gunung Ibu lagi pada Khamis, kali ini tiga kali sekali gus memuntahkan lahar merah dan abu lima kilometer ke langit menurut Agensi Geologi.
Gunung Ibu, yang terletak di pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara, meletus pagi Khamis pada pukul 1 pagi dan kemudian sekali lagi pada 7.46 pagi dan 8.11 pagi, kata agensi itu.
Letusan terakhir itu berlangsung sekitar dua minit dan menyebabkan tiang abu yang "dicerap sekitar 1,000 meter di atas puncak," kata ketua Agensi Geologi Muhammad Wafid dalam kenyataan itu.
Agensi itu menasihatkan penduduk dan pelancong supaya menjauhi zon pengecualian antara empat dan tujuh kilometer dari kawah Gunung Ibu dan memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.
Letusan terbaharu itu tidak menyebabkan perintah pemindahan baharu dan tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan di Halmahera, yang menempatkan kira-kira 700,000 orang.
Gunung Ibu adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia, meletus lebih daripada 21,000 kali tahun lepas. Ia kekal pada tahap amaran tertinggi dalam sistem empat peringkat.
Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di lingkaran api Pasifik.
Pada April, Gunung Ruang di Provinsi Sulawesi Utara meletus lebih beberapa kali, memaksa beribu-ribu penduduk pulau berdekatan untuk berpindah.-AFP