HAWAII, 18 Oktober - Letusan gunung berapi Kilauea di Hawaii kembali aktif dengan semburan lava panas dari kawah barat dan selatan pada Jumaat, selepas mula meletus sehari sebelumnya.
Rakaman dikeluarkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaparkan aliran lava yang mengalir merentasi kawasan sekitar.
Menurut USGS, Kilauea antara gunung berapi paling aktif di dunia.
Gunung berapi berkenaan dilaporkan meletus secara berkala sejak 23 Disember 2024. -REUTERS