GAZA, 19 Januari-Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah mengarahkan tentera Israel untuk menangguhkan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza, yang dijadualkan bermula pada pukul 8:30 pagi waktu tempatan, sehingga Hamas menyerahkan senarai nama tahanan yang akan dibebaskan, menurut kenyataan pejabatnya.
"Perdana menteri telah mengarahkan IDF (Pasukan Pertahanan Israel) bahawa gencatan senjata, yang sepatutnya bermula pada pukul 8:30 pagi waktu tempatan tidak akan dilaksanakan sehingga Israel menerima senarai tahanan yang dijanjikan oleh Hamas untuk dibebaskan," kata pejabat beliau dalam satu kenyataan pada hari Ahad.
Tidak lama selepas itu, Hamas mengeluarkan kenyataan menyatakan kelewatan menyerahkan senarai tersebut disebabkan masalah teknikal di lapangan."
Hamas turut menegaskan bahawa mereka tetap komited dengan perjanjian gencatan senjata yang diumumkan minggu lalu.-AFP.
BERITA BERKAITAN: