MEXICO, 18 Februari – Gempa bumi bermagnitud 5.0 melanda berhampiran bandar peranginan Mexico, Acapulco di pantai Pasifik pada petang Sabtu, menurut perkhidmatan Seismologi Kebangsaan.
Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa bumi itu berlaku sekitar pukul 4 petang waktu tempatan berhampiran pekan Tepetixtla di Guerrero, kira-kira 42 kilometer dari Acapulco.
Gabenor Guerrero, Evelyn Salgado, menerusi platform X berkata tiada kerosakan dilaporkan di negeri itu.
Sementara itu, di Mexico, gempa bumi turut menyebabkan penduduk berpindah, namun tiada kerosakan dilaporkan, kata Datuk Bandar, Marti Batres di media sosial.-REUTERS