fb fb fb fb fb

Gempa bumi: Amaran tsunami pulau Kyushu, Shikoku ditarik balik

Gempa bumi 7.1 magnitud gegar Jepun, tiada kerosakan besar dilaporkan/ REUTERS

TOKYO, 8 Ogos- Amaran tsunami yang dikeluarkan untuk pantai pasifik pulau utama barat Kyushu dan Shikoku, telah ditarik balik, kecuali bagi Miyazaki.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA), memaklumkan gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud yang menggegarkan barat daya Jepun pada pukul 4.43 petang tadi pada mulanya mencetuskan amaran tsunami di pulau Kyushu, Shikoku dan Miyazaki.

Bagaimanapun, tiada kerosakan besar dilaporkan.

Sementara itu, Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi berkata panel JMA, yang bersidang selepas gempa itu, menjangkakan terdapat kemungkinan untuk satu lagi gempa bumi besar berlaku berhampiran pantai pasifik barat Jepun.

Jepun adalah salah satu negara yang paling terdedah kepada gempa bumi.

Lebih 15,000 orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter pada 2011 yang mencetuskan tsunami dan kerosakan tiga reaktor di loji tenaga nuklear.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN