fb fb fb fb fb

Gaza sedang menghadapi kebuluran, gencatan senjata diperlukan segera

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula, Von Der Leyen berkata Gaza sedang menghadapi kebuluran dan memerlukan satu perjanjian gencatan senjata yang segera dalam perang antara Israel dan Hamas / Foto AFP

KAHERAH, 18 Mac - Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula, Von Der Leyen berkata Gaza sedang menghadapi kebuluran dan memerlukan satu perjanjian gencatan senjata yang segera dalam perang antara Israel dan Hamas.

“Gaza sedang menghadapi kebuluran dan kami tidak boleh menerimanya,” kata Von Der Leyen kepada pemberita di Kaherah selepas menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

“Adalah penting untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata dengan pantas sekarang yang membebaskan tebusan dan membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.”

Sisi berkata bahawa pemimpin Mesir dan Eropah telah bersetuju untuk menolak operasi tentera Israel di Rafah.

“(Satu operasi) akan menggandakan malapetaka kemanusiaan yang dialami oleh orang awam di Semenanjung Gaza, sebagai tambahan kepada kesan operasi itu terhadap pembubaran perjuangan Palestin, yang ditolak mentah-mentah Mesir,” kata Sisi.

Komen mereka berikutan pengumuman pakej pembiayaan sebanyak 7.4 bilion euro (RM38 bilion) daripada Kesatuan Eropah (EU) untuk Mesir, serta peningkatan dalam hubungan dengan negara Afrika Utara itu, sebahagian daripada dorongan yang dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia untuk membendung aliran migran ke Eropah.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN