TAIWAN, 11 November - Taufan Fung-wong yang menghampiri Taiwan telah membawa hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan di seluruh negara itu.
Video yang dikongsi media tempatan, SET TV menunjukkan hujan lebat melanda bandar Yilan, barat Taiwan dengan paras air meningkat di beberapa kawasan rendah.
Kerajaan sebelum ini telah mengeluarkan amaran dan pihak berkuasa turut memindahkan lebih 3,000 orang sebelum kedatangan Fung-wong yang dijangka membawa hujan dengan kuantiti lebih banyak di kawasan pantai timur pergunungan Taiwan.
Ia sebagai langkah awal kesiapsiagaan mendepani bencana.
Fung-wong diramal membadai daratan di pantai barat daya Taiwan, berhampiran bandar pelabuhan utama Kaohsiung pada Rabu.
Taufan itu sebelum ini membadai Filipina menyebabkan enam nyawa terkorban. - REUTERS