fb fb fb fb fb

Everton raih kemenangan berharga, Arsenal terus dahului Spurs dalam perlumbaan empat teratas

(Penjaga gol, Jordan Pickford selamatkan gawang Everton/AFP)

LONDON, 2 Mei - Everton menghidupkan harapan mereka untuk kekal dalam Liga Perdana setelah mengejutkan Chelsea 1-0 pada hari Ahad, ketika Arsenal mengekalkan kelebihan dua mata ke atas Tottenham Hotspur dalam saingan untuk layak ke Liga Juara Eropah musim depan.

Gol kemenangan Everton diperoleh hanya seminit selepas separuh masa kedua bermula apabila penyerang Brazil, Richarlison menolak masuk hantaran Demarai Gray.

(FOTO AFP)

Kemenangan di Goodison Park menyaksikan pasukan Frank Lampard memerlukan hanya dua mata lagi untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan, The Toffees berpeluang mengatasi Leeds dan Burnley yang masing-masing menduduki tangga ke-17 dan ke-16 jika menang perlawanan menentang Leicester pada Ahad ini.

Sementara itu, Arsenal menewaskan West Ham 2-1 untuk terus mengatasi Spurs yang mengalahkan Leicester 3-1. -AFP

Media Baharu