fb fb fb fb fb

EU cadang kuatkuasa sekatan import minyak Rusia secara berperingkat

(Kawasan perumahan yang musnah di daerah Irpin, barat laut Kiev
selepas pencerobohan Rusia/AFP)

BRUSSELS, 2 Mei - Kesatuan Eropah (EU) bercadang menguatkuasakan sekatan terhadap import minyak Rusia secara berperingkat.

Ia merupakan sebahagian daripada sekatan baharu yang sedang dirangka oleh Suruhanjaya Eropah.

Dokumen berkaitan dijangka dikemukakan kepada 27 negara anggota, selewat-lewatnya esok.

(Josep Borrell/REUTERS)

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell berkata tindakan ketenteraan yang agresif oleh Rusia ketika ini menjadikan sekatan tersebut penting.

Kesatuan itu perlu memastikan Moscow membayar harga yang setimpal dengan operasi ketenteraan yang dilakukannya terhadap Kiev.-AFP

Media Baharu