fb fb fb fb fb

Dua maut, 14 cedera dalam insiden tembakan di Alabama

Tangkap layar video yang dirakam orang ramai di lokasi kejadian / REUTERS

MONTGOMERY, 6 Oktober -Dua maut manakala 14 lagi cedera dalam insiden tembakan berhampiran bangunan Capitol Negeri Alabama, lewat malam Sabtu.

Menurut Timbalan Gabenor Alabama, Will Ainsworth, mangsa yang maut ialah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan wanita berusia 43 tahun.

Laporan ABC News memetik sumber polis berkata, tujuh daripada mangsa yang cedera berusia bawah 17 tahun.

Siasatan awal mendapati, beberapa individu melepaskan tembakan serentak selepas seorang suspek yang ditembak cuba membalas tembakan.

Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.

Datuk Bandar Montgomery, Steven Reed berkata, kejadian itu berpunca daripada pertikaian kecil yang sepatutnya boleh dielakkan.

Pihak polis serta pasukan kecemasan dilihat berkumpul di lokasi kejadian tidak lama selepas insiden berlaku. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN