fb fb fb fb fb

Dua juruterbang maut pesawat latihan tentera Turkiye terhempas

Pegawai keselamatan memeriksa tapak pesawat latihan yang terhempas di Kayseri, Turkiye/Foto IHA

ANKARA, 4 Jun - Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat latihan tentera yang mereka naiki terhempas di tengah Turkiye, kta kementerian pertahanannya.

Pesawat itu berlepas dari pangkalan tentera di Kayseri dalam penerbangan latihan dan kemudiannya terhempas atas punca yang belum dikenal pasti.

Imej di media Turkiye memaparkan asap hitam berkepul-kepul dari bangkai pesawat yang hangus separuh musnah di ladang pertanian.

Berdasarkan imej yang dikongsi oleh agensi Anadalu, kelihatan anggota bomba, penyelamat dan polis sedang bekerja di lokasi kejadian.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, kepada tentera wira kami dan negara kami," tulis Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya di X - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN