fb fb fb fb fb

Doktor pelatih Korea mogok, bantah cadangan tambah pelajar perubatan

Foto Reuters

SEOUL, 16 Februari- Kerajaan Korea Selatan memberi amaran pada Jumaat selepas lebih 150 doktor pelatih mengemukakan peletakan jawatan sekali gus mencetuskan risiko terhadap sektor kesihatan awam negara itu.

Kumpulan pekerja profesional berkenaan membantah rancangan kerajaan untuk memasukkan lebih ramai pelajar ke sekolah perubatan.

Kerajaan Korea merancang untuk meningkatkan kemasukan ke sekolah perubatan seramai 2,000 pelajar untuk tahun akademik 2025 dan bakal menambah 10,000 doktor menjelang 2035.

Ketika ini, kira-kira 3,000 pelajar memasuki sekolah perubatan setiap tahun.

Menurut doktor dan pelajar perubatan, bantahan terhadap pelan itu dibuat bagi mengelakkan rawatan perubatan yang tidak perlu dan memburukkan kewangan pelan insurans kesihatan negara.

Terdahulu, doktor pelatih di lima hospital terbesar di negara itu memutuskan untuk meletak jawatan berkuat kuasa pada Selasa, kata ketua Persatuan Pelatih dan Penduduk Korea (KIRA), Park Dan, dalam satu kenyataan.

Kementerian kesihatan telah mengeluarkan arahan kembali bekerja kepada 154 doktor di tujuh hospital, dengan menegaskan hukuman akan diberi jika arahan tersebut enggan dipatuhi.

Korea berikrar untuk meneruskan rancangan penambahan doktor, dengan tinjauan mendapat sokongan majoriti orang ramai.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM