COPENHAGEN, 14 November - Parlimen Denmark hari ini membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, susulan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
RUU itu bertujuan untuk menjadikannya satu kesalahan jenayah.
Ini kerana perbuatan menghina atau memusnahkan barang keagamaan secara terbuka, menurut laman sesawang Parlimen Denmark.
Selepas bacaan pertama, RUU yang dicadangkan itu mesti dikaji oleh jawatankuasa.
Kemudian dikemukakan untuk dua bacaan lanjut sebelum undian.
Individu yang melakukan kesalahan membakar al-Quran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.
Pada mulanya, RUU itu bakal diumumkan pada penghujung Ogos.
Bagaimanapun telah dipinda berikutan kritikan draf pertama mengenai RUU itu mengehadkan kebebasan bersuara dan sukar untuk dikuatkuasakan.
Undang-undang baharu itu akan dimasukkan dalam Bab 12 Kanun Keseksaan Denmark yang meliputi keselamatan negara. - AFP