fb fb fb fb fb

Cubaan bunuh ahli politik, polis Colombia tahan suspek warga Venezuela

Foto Web

BOGOTA, 18 Januari- Polis Colombia pada Rabu telah menahan seorang warga Venezuela disyaki terbabit dalam cubaan pembunuhan seorang ahli politik Sepanyol, di Madrid tahun lepas.

Lelaki itu dikenali sebagai Greg Oliver Higuera Marcano, suspek yang dikehendaki pihak berkuasa berhubung serangan tahun lalu ke atas Alejo Vidal-Quadras, bekas pemimpin parti politik sayap kanan utama Sepanyol di Catalonia.

Lelaki berusia 78 tahun itu ditembak di kepala pada November tahun lalu dan terselamat.

Polis Colombia berkata dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa menerusi siasatan Sepanyol, warga Venezuela itu didakwa terlibat dalam satu pakatan dalam merencana serangan ke atas Vidal-Quadras.

Higuera dikesan oleh pegawai imigresen pada Selasa ketika dia memasuki Colombia melalui Jambatan Antarabangsa Simon Bolivar, kawasan sempadan berhampiran Venezuela.

"Proses penyelarasan kini sedang dijalankan, untuk Higuera dihadapkan ke mahkamah di Sepanyol, kata kenyataan polis itu.

Vidal-Quadras adalah ketua parti konservatif PP di wilayah Catalonia timur laut pada 1990-an.

Dia kemudiannya menjadi MEP dan kemudian menjadi antara pengasas Vox, yang dia tinggalkan sejurus selepas penciptaannya.

Dia telah menuduh Iran menjadi dalang kepada cubaan pembunuhan itu.

Pada November tahun lalu, Sepanyol mengumumkan penahanan tiga suspek dalam cubaan pembunuhan Vidal-Quadras.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM