fb fb fb fb fb

China nafi tuduhan Belanda, dalang serangan siber

Foto Reuters

BEIJING, 7 Februari- China tidak akan sekali-kali membenarkan mana-mana entiti atau individu China melakukan aktiviti haram seperti serangan siber atau menggunakan kemudahan China untuk serangan sedemikian.

Tegas kedutaan China di Belanda dalam satu kenyataan pada Rabu, menjawab laporan agensi perisikan Belanda yang menuduh perisik siber yang disokong kerajaan China, mendapat akses kepada rangkaian ketenteraan Belanda pada tahun lepas.

Itu adalah kali pertama Belanda mengaitkan pengintipan siber secara terbuka kepada China.

"China menentang sebarang spekulasi jahat dan tuduhan tidak berasas. Kami menyokong usaha bersama untuk menjaga keselamatan siber melalui dialog dan kerjasama," kata jurucakap kedutaan yang dipetik dalam kenyataan itu.

Dakwaan itu adalah yang terbaru oleh sebuah negara yang mendakwa China telah cuba menggodam maklumat sensitif, dengan Filipina pada Isnin mengatakan ia telah menggagalkan serangan oleh penggodam China.

Menurut laporan Reuters, kerajaan AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini melancarkan operasi untuk memerangi operasi penggodaman China yang berleluasa, menjejaskan beribu-ribu peranti yang disambungkan ke internet.

Menurut kumpulan penggodam, Volt Typhoon, mengatakan ia adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menjejaskan infrastruktur kritikal Barat, termasuk pelabuhan tentera laut, penyedia perkhidmatan internet dan utiliti.

Jurucakap kedutaan Belanda berkata kerajaan China sentiasa menentang dan membanteras semua bentuk serangan siber mengikut undang-undang.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM