(China menggunakan roket Long-March 5B untuk membawa struktur asas dalam
pembinaan Stesen Angkasa Lepas pertamanya dari pusat pelancaran
di Wenchang, Pulau Hainan pada April tahun lalu/FOTO AFP)
WENCHANG, 10 Mei- China berjaya melancarkan kapal pengangkut kargo Tianzhou-4 dengan roket pembawa Long March-7 Y5 di Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang, provinsi Hainan tepat pukul 1.56 pagi tadi.
Kejayaan pelancaran sulung pada tahun ini sekali gus menandakan bermulanya pembinaan Stesen Angkasa Lepas China secara komprehensif.
Menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), Tianzhou-4 berjaya memasuki ke orbit yang dijadualkan, kemudian dicantumkan dengan pangkalan cantum bahagian belakang modul teras Tianhe pada pukul 8.54 pagi.
(Roket Long March 7 yang membawa kapal angkasa kargo Tianzhou-2 pada 2021 berlepas
dari tapak pelancaran Wenchang/FOTO FAIL AFP)
Seperti penerbangan kapal kargo sebelumnya, Tianzhou-4 membawa kargo dalam tiga kategori, termasuk barangan keperluan kehidupan selama enam bulan untuk tiga angkasawan dalam misi Shenzhou-14, alat ganti untuk penyelenggaraan stesen angkasa lepas, dan kemudahan penyelidikan angkasa.- BERNAMA