fb fb fb fb fb

Cadangan gencatan senjata di Palestin, disemak

Sebuah kediaman di Rafah musnah akibat serangan yang dicetuskan rejim zionis Israel/REUTERS

KAHERAH, 8 Mei- Rundingan berhubung cadangan gencatan senjata terbaharu kumpulan Palestin disambung semula di Kaherah pada Rabu.

Tentera Israel pada Selasa merampas sempadan utama antara Gaza dan Mesir di Rafah, yang menempatkan lebih sejuta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Tindakan itu memutuskan laluan penting untuk menyampaikan bantuan ke kawasan kecil, yang menjadi penempatan bagi ratusan ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan kelaparan.

Di Kaherah, kesemua lima delegasi yang mengambil bahagian dalam rundingan gencatan senjata pada Selasa iaitu Hamas, Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar. Ia memberi reaksi positif terhadap penyambungan semula rundingan, dan mesyuarat dijangka diteruskan pada Rabu, kata dua sumber Mesir.

Pengarah CIA Bill Burns akan melakukan perjalanan dari Kaherah ke Israel pada Rabu untuk bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan pegawai Israel.

Jurucakap White House John Kirby berkata Hamas membentangkan cadangan yang disemak, dan teks baharu.

Satu-satunya jeda dalam konflik selama seminggu pada November lalu, memberi peluang kepada penduduk Palestin daripada ancaman Israel.

Rakaman tentera Israel pada Selasa menunjukkan kereta kebal bergerak menerusi Rafah dan bendera Israel dinaikkan di sebelah Gaza.

Tentera Israel terus melakukan pencerobohan di Rafah dan menyerang penduduk Palestin selain merosakkan infrastruktur di Gaza.

Sementara itu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres merayu kepada Israel supaya bersetuju dengan gencatan senjata.

"Jangan melakukan serangan besar-besaran ke atas Rafah, ia dijangka akan mengancam penduduk dengan lebih serius," kata Guterres.

Di Geneva, jurucakap pejabat kemanusiaan PBB Jens Laerke berkata "panik dan putus asa" membelenggu penduduk di Rafah.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI