fb fb fb fb fb

Britain bakal umum bantuan sehingga £242 juta untuk Ukraine

Foto AFP

LONDON, 13 Jun- Perdana Menteri Britain Rishi Sunak akan mengumumkan bantuan sehingga £242 ($310 juta) sebagai bantuan baharu untuk Ukraine pada Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) di Itali yang dijadualkan bermula pada Khamis.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bantuan dua hala kepada Ukraine itu untuk menyokong keperluan kemanusiaan, tenaga dan penstabilan segera dan asas untuk pemulihan jangka panjang.

"Pembiayaan ini menunjukkan perpaduan antarabangsa UK yang berterusan dengan Ukraine dan fleksibiliti kami dalam bertindak balas kepada keperluan segera terhadap pencerobohan Rusia", katanya.

Tambahnya, Sunak akan bekerjasama dengan pemimpin lain dalam persidangan itu untuk mencari kaedah menggunakan dana Rusia yang dibekukan untuk membantu Ukraine.

“Kita mesti tegas dan kreatif dalam usaha menyokong Ukraine dan menamatkan perang pada saat yang genting ini", katanya.

Ukraine dijangka menjadi agenda utama pada perhimpunan di Puglia. Presiden Volodymyr Zelensky akan menyertai pemimpin G7 yang berusaha untuk memeterai perjanjian menggunakan aset Rusia untuk membantu negaranya yang dilanda peperangan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN