fb fb fb fb fb

Bot terbalik, lapan pendatang lemas di Laut Aegean

FOTO HIASAN

ISTANBUL, 15 Mac- Sekurang-kurangnya lapan pendatang mati lemas selepas bot yang membawa mereka terbalik di luar pantai Turkiye di Laut Aegean, kata pejabat gabenor tempatan pada Jumaat.

Warganegara mangsa masih belum dikenal pasti. Pegawai berkata dua orang telah diselamatkan oleh pengawal pantai Turkiye dan dua lagi berjaya menyelamatkan diri.

Bot yang membawa pendatang itu terbalik di pulau terbesar di Turkiye, dipanggil Gokceada atau Imbros terletak di luar pantai wilayah barat laut Canakkale.

Pegawai berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Turkiye menampung hampir empat juta pelarian, kebanyakannya rakyat Syria.

Ankara memeterai perjanjian dengan Kesatuan Eropah pada 2016 untuk mengekang kemasukan pelarian sebagai balasan untuk beberapa insentif, termasuk bantuan kewangan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE