fb fb fb fb fb

Bolsonaro pecat Presiden Petrobras ketiga yang dilantik April lalu

(Presiden Brazil Jair Bolsonaro/AFP)

BRASILIA, 24 Mei - Presiden Brazil Jair Bolsonaro memecat presiden gergasi minyak negara Petrobras, yang baru berkhidmat selama 40 hari.

"Kerajaan Persekutuan, sebagai pemegang saham kawalan Petroleo Brasileiro S.A., Petrobras, memutuskan untuk membuat perubahan kepada jawatan presiden syarikat," kata Kementerian Galian dan Tenaga dalam satu kenyataan.

Tanpa memberikan alasan khusus untuk pemecatan itu, ia mengucapkan terima kasih kepada Jose Mauro Coelho atas perkhidmatannya tetapi berkata: "Brazil sedang mengalami detik yang mencabar, disebabkan kesan ketidaktentuan melampau hidrokarbon di pasaran antarabangsa."

Coelho dilantik pada April lalu untuk menamatkan penggal pendahulunya, Joaquim Silva e Luna, dan menjadi presiden Petrobras ketiga yang dipecat oleh Bolsonaro ketika harga bahan bakar melambung tinggi.

(FOTO REUTERS]

Kerajaan mencadangkan agar Coelho digantikan oleh pegawai Kementerian Ekonomi, Caio Mario Paes de Andrade.

Pelantikannya mesti disahkan oleh lembaga pengarah syarikat.

Berdasarkan angka rasmi, harga bahan bakar di Brazil telah meningkat lebih 33 peratus pada tahun lalu, mendorong kenaikan inflasi tahunan sebanyak lebih daripada 12 peratus dan menjejaskan dompet rakyat Brazil. -AFP

Media Baharu