fb fb fb fb fb

Belanda denda Netflix atas pelanggaran perlindungan data

FOTO AFP

AMSTERDAM, 19 Disember- Pihak Berkuasa Perlindungan Data Belanda (DPA) telah mengenakan denda sebanyak €4.75 juta (AS$5 juta) ke atas Netflix, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).

Siasatan yang dimulakan oleh pengawal selia itu pada 2019 mendapati bahawa penyedia penstriman berkenaan gagal memberikan maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.

Pelanggan juga tidak menerima maklumat yang mencukupi apabila mereka bertanya kepada Netflix tentang data yang dikumpulkan syarikat itu mengenai mereka. -BERNAMA-dpa

SITI AISHAH MD ISA