fb fb fb fb fb

Bekas PM Pakistan dihukum gantung, selepas perbicaraan tidak adil

Foto Reuters

ISLAMABAD, 8 Mac- Mahkamah Agung Pakistan memutuskan bekas Perdana Menteri, Zulfikar Ali Bhutto, yang dihukum gantung 44 tahun lalu, tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Zulfikar disabitkan kesalahan membunuh.

Menurut hakim keputusan itu dibuat secara sebulat suara membabitkan sembilan orang hakim yang diketuai beliau sendiri.

"Kami tidak mendapati, perbicaraan yang adil dan keperluan proses yang sewajarnya dipenuhi," kata Ketua Hakim Negara, Qazi Faez Isa dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung.

Zulfikar, Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) dihukum gantung pada 1979 selepas perbicaraan di bawah rejim tentera, Jeneral Zia-ul-Haq.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada rujukan kehakiman yang difailkan bapa Bhutto Zardari, Asif Ali Zardari, semasa memegang jawatan sebagai presiden pada 2011.

Beliau meminta pendapat mahkamah atasan untuk mengkaji semula hukuman mati kepada pengasas PPP itu.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM