JAKARTA, 11 Julai - Mahkamah Indonesia pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo atas tuduhan rasuah membabitkan perjalanan menaiki jet peribadi dan barangan kemas untuk isterinya.
Pendakwa raya berkata Limpo memeras pegawai di kementerian sebanyak lebih 44 bilion rupiah (atau AS$2.72 juta) untuk membayar perbelanjaan peribadinya.
Limpo juga didenda 300 juta rupiah dan diarah membayar pampasan sekitar 14.6 bilion rupiah, kata Ketua Hakim, Rianto Adam Pontoh.
Dua defendan lain dalam kes itu, bekas pegawai kanan kementerian, masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat tahun.
Limpo merupakan menteri keenam dalam kabinet Presiden Joko Widodo yang menghadapi pertuduhan rasuah.
Pada awal tahun ini, seorang bekas Menteri Komunikasi dijatuhi hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan rasuah.
Menteri Sosial dan Perikanan Jokowi dipenjarakan pada 2021.-REUTERS