BEIJING, 4 Mei - Puluhan stesen kereta api dan laluan bas di Beijing ditutup bagi menghentikan penularan wabak COVID-19.
Langkah itu bagi mengelak ibu negara China itu, berdepan nasib sama seperti Shanghai yang menyaksikan berjuta-juta penduduk dikenakan perintah berkurung sejak sebulan lalu.
Menurut laporan Reuters, tindakan tesebut membuktikan kerajaan China tidak berkompromi terhadap virus COVID-19.
Semalam, bandar Zhengzhou dengan kapasiti 12.6 juta penduduk yang menempatkan kilang pengeluar iPhone Apple, Foxconn, mengarahkan kakitangannya bekerja dari rumah.
Setakat ini, berpuluh-puluh bandar besar di China telah melaksanakan perintah berkurung separa atau sepenuhnya.
(Seorang lelaki mengenakan pelitup muka berjalan melepasti stesen kereta api bawah tanah
yang ditutup berikutan penularan wabak COVID-19/REUTERS)
Beijing pula mengambil langkah menutup lebih 40 stesen kereta api bawah tanah dan 158 laluan bas, menurut penyedia perkhidmatan.
Kebanyakan stesen dan laluan terbabit adalah di daerah Chaoyang yang merupakan pusat wabak berkenaan di Beijing.
Dengan berpuluh kes baharu setiap hari, Beijing cuba mengelak penutupan penuh seperti yang dilakukan Shanghai pada peringkat awal.
Sebaliknya berharap ujian besar-besaran akan mengesan dan menyekat penularan virus itu.-REUTERS