TAIPEI, 19 Disember - Beberapa orang cedera selepas seorang individu melepaskan bom asap di stesen kereta bawah tanah Taipei dan kemudian menyerang orang awam, menurut Perdana Menteri Taiwan, Cho Jung-tai, dalam kenyataannya di halaman Facebook beliau pada Jumaat.
Namun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden itu.
Sementara itu, menurut laporan rasmi Agensi Berita Pusat (Central News Agency), suspek dipercayai telah membunuh diri.
Kejadian tersebut memaksa polis telah menutup sebuah pusat beli-belah di mana suspek dilaporkan melarikan diri.
Motif di sebalik kejadian itu masih belum dapat dipastikan.-REUTERS