THE HAGUE, 18 Jun- Barisan kabinet baharu Belanda bakal mengangkat sumpah pada bulan depan, kata bakal Perdana Menteri negara berkenaan, Dick Schoof pada Isnin, tujuh bulan selepas kemenangan besar sayap kanan pada pilihan raya November tahun lepas.
"Barisan menteri kabinet baharu akan mengangkat sumpah pada 2 Julai, kata Schoof selepas perbincangan dengan para calon berhubung jawatan Timbalan Menteri di sini.
"Tarikh angkat sumpah telah ditetapkan menurut agensi berita kebangsaan Belanda (ANP).
Pemimpin sayap kanan, Geert Wilders meraih kemenangan besar pada pilihan raya yang diadakan tahun lepas. Namun Wilders terpaksa mepaskan cita-citanya untuk menerajui negara berkenaan yang merupakan ekonomi kelima terbesar di Eropah untuk membentuk gabungan bersama-sama tiga buah parti lain membentuk kerajaan.
Schoof bekas pemimpin utama Parti Buruh telah dicalonkan pada penghujung Mei oleh gabungan baharu sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Di sebalik keputusan yang diumumkan oleh gabungan baharu bahawa kabinet akan berpecah dua antara ahli politik dan pakar luar,kebanyakan nama yang dikemukakan kini adalah daripada barisan parti gabungan itu sendiri.
Wilders yang anti-Islam, antipenghijrahan memberitahu AFP selepas manifesto baharu dirangka kerajaan baharu, negara tersebut bakal menguatkuasakan dasar antisuaka yang paling ketat pernah dilaksanakan di negara tersebut.
Wilders turut bercadang memohon kepada EU untuk tidak mengikuti dasar antisuaka yang dikuatkuasakan pertubuhan berkenaan sebelum ini.
Cadangan berkenaan mendapat sambutan baik di Brussels, namun dasar berkenaan tidak menjelaskan bagaimana ia berfungsi.
Wilders sendiri turut mengakui dasar tersebut bakal memakan masa dan berkemungkinan tidak berlaku sebaliknya berjanji akan menggunakan undang-undang negara itu untuk menyekat apa yang dipanggilnya sebagai "tsunami pencari suaka".