LONDON 4 Mei: Kadar faedah di United Kingdom (UK) dijangka diturunkan kepada 4.25 peratus apabila Bank of England mengambil langkah mengurangkan kos pinjaman sambil menilai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi.
Kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan kadar itu akan dikurangkan sebanyak 0.25 mata peratusan pada Khamis.
Pakar ekonomi Investec, Sandra Horsfield berkata kos pinjaman akan dikurangkan lagi, dengan sebahagian besar peserta pasaran kewangan telah menjangkakan pemotongan tersebut.
Kadar inflasi telah menurun sejak beberapa bulan lalu, satu petanda kepada pembuat dasar bahawa kadar faedah yang digunakan sebagai alat untuk mengawal inflasi, boleh terus diturunkan.
Menurut data rasmi terbaru, kadar inflasi Indeks Harga Pengguna (CPI) menurun kepada 2.6 peratus pada Mac, berbanding 2.8 peratus pada Februari.- Reuters