fb fb fb fb fb

Babi hutan serbu bangunan stesen kereta api

Foto REUTERS

CHINA, 14 Ogos- Seekor babi hutan secara tidak sengaja memasuki premis bangunan sebuah stesen kereta api, sekali gus menyebabkan kekecohan dalam kejadian di Ganzhou, selatan China, Isnin lalu.

Menurut saksi, haiwan liar tersebut menyerbu masuk kawasan terbabit dan mengeluarkan bunyi menakutkan.

Rata-rata penumpang berada dalam keadaan ketakutan dan beredar ke kawasan lebih selamat.

Tidak lama selepas itu, pasukan bomba tiba di bangunan berkenaan bersama-sama peralatan penangkapan.

Pasukan bomba berjaya menghalau haiwan itu ke kawasan hutan berhampiran.

Insiden berkenaan tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada para penumpang. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM