fb fb fb fb fb

Australia mahu hidup dengan COVID-19 sebagai selsema

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison

SYDNEY, 12 Mac- Pemimpin Australia berhasrat beralih ke fasa baharu kehidupan dengan COVID-19 dengan menganggapnya sebagai selsema, namun akan berunding dengan pakar kesihatan berhubung perkara berkenaan

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, kepada pemberita pada pagi Sabtu, sehari selepas bermesyuarat dengan pemimpin kabinet kebangsaan negeri dan persekutuan, yang membincangkan mengenai peralihan ke "Fasa D" pelan tindakan pandemik kebangsaan.

"Lapangan terbang kita dibuka semula, ketibaan antarabangsa dibenarkan masuk, ada pengecualian pada masa ini bagi mereka yang pulang, jadi kita hampir berada di Fasa D," katanya.

Morrison berkata, pemimpin negara itu mahu menggugurkan keperluan pengasingan bagi kontak rapat kes COVID-19 dan akan mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara itu daripada panel pakar.

(Orang ramai berbaris di luar klinik vaksinasi COVID-19 di pinggir bandar Bankstown semasa sekatan untuk
mengekang penularan kes di Sydney, Australia, 25 Ogos 2021
/REUTERS)

Peraturan pengasingan itu menyebabkan kekurangan staf, kata Morrison, yang mana kerajaan konservatifnya akan berdepan pilihan raya pada Mei ini.

"Kita percaya kita hampir berada dalam Fasa D ketika ini, terdapat beberapa pengecualian untuk itu. Fasa D, ingat, ia bermakna hidup dengan virus seperti selesema," katanya.

Beliau berkata, Australia Barat dan Wilayah Utara akan melambatkan pengguguran sekatan bagi negeri timur selama sebulan.

Pegawai kesihatan di New South Wales, negeri paling ramai penduduk, menyuarakan kebimbangan pada minggu ini mengenai peningkatan dalam subvarian BA.2 baharu Omicron, yang dikatakan boleh membawa dua kali ganda kes harian menjelang akhir bulan, berbanding angka terkini kira-kira 15,000 kes.-REUTERS

Media Baharu