fb fb fb fb fb

AS ambil langkah sekat aliran teknologi, senjata ke Rusia

Penyokong Ukraine membantah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine semasa tunjuk perasaan berhampiran White House di Washington

WASHINGTON, 29 Mac- Amerika Syarikat meminta syarikat negara itu menghentikan penghantaran barangan kepada lebih 600 pihak asing kerana bimbang barangan itu boleh disalurkan ke Rusia untuk digunakan dalam serangan ke atas Ukraine, kata pegawai Jabatan Perdagangan AS pada Khamis.

Jabatan Perdagangan menghantar surat amaran kepada sekurang-kurangnya 20 syarikat sebagai usaha terbaru untuk menghalang perang Rusia di Ukraine.

Syarikat-syarikat itu membuat dan menjual produk yang ditemui dalam peluru berpandu dan dron yang ditemui di medan perang Ukraine.

Sejak Moscow menyerang Rusia pada 2022, AS dan lebih 30 negara lain telah mengenakan sekatan yang bertujuan mengurangkan keupayaan Rusia terutama menggunakan teknologi Barat.

Namun komponen Amerika terus ditemui dalam senjata Rusia.

"Dalam beberapa minggu lepas, kami telah menghantar surat kepada lebih 20 syarikat Amerika, masing-masing mengandungi senarai lebih 600 pihak asing," kata Penolong Setiausaha Matthew Axelrod dalam persidangan kawalan eksport tahunan jabatan itu di Washington.

"Dalam surat tersebut, kami telah meminta syarikat Amerika secara sukarela menghentikan penghantaran kepada pihak ini kerana risiko tinggi ia dihantar ke Rusia."- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI