fb fb fb fb fb

Angka korban letupan lombong di Turkiye meningkat kepada 41

TURKIYE, 16 Oktober- Jumlah kematian akibat letupan di lombong arang batu di Bartin pada Jumaat meningkat kepada 41 orang.

Perkara itu disahkan Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika melawat tapak insiden tengah hari semalam.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berkemungkinan berlaku disebabkan letupan gas yang mengakibatkan runtuhan pada sebahagian lombong.

(Petugas kesihatan bersama ambulans berada di lokasi nahas untuk
menyelamatkan mangsa / Foto REUTERS)

Menurut pihak berkuasa tempatan, lombong itu dimiliki oleh Turkish Hard Coal Enterprise (TTK).

Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Sabtu mengesahkan 110 pekerja berada di lombong itu semasa letupan berlaku kira-kira 300 meter di bawah tanah pada pukul 6.15 petang waktu tempatan, Jumaat lalu.

Daripada jumlah itu, 58 berjaya menyelamatkan diri dan 11 orang cedera.-REUTERS

Media Baharu