fb fb fb fb fb

Angka kematian tanah runtuh di Filipina cecah 27 orang

Angkatan Tentera Filipina menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh d di Maco, Davao de Oro, di Filipina/AFP

 MANILA, 10 Februari - Angka kematian akibat tanah runtuh yang melanda tapak perlombongan di bandar Maco di selatan Filipina meningkat hampir dua kali ganda apabila mencecah kepada 27 orang pada Jumaat.

Menurut pegawai, pasukan penyelamat juga masih lagi menjalankan operasi mencari mayat yang tertimbus dalam lumpur dan runtuhan.

Berdasarkan angka terkini daripada kerajaan perbandaran Maco, jumlah orang yang masih hilang meningkat kepada 89 daripada lebih 100 orang sejak Selasa lalu.

Manakala jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 32 orang, akibat tanah runtuh di Masara, wilayah pergunungan Davao de Oro di pulau Mindanao.

Hujan melanda bahagian Mindanao selama berminggu-minggu, mengakibatkan puluhan tanah runtuh dan banjir sehingga memaksa berpuluh ribu orang ke tempat perlindungan kecemasan.

Gempa bumi besar juga menjejaskan kestabilan rantau itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kawasan yang dilanda tanah runtuh diisytiharkan sebagai 'zon tiada pembinaan' selepas tanah runtuh pada 2007 dan 2008.

Orang ramai diminta meninggalkan kediaman masing-masing dan mereka diberi kawasan penempatan semula, bagaimanapun orang ramai tetap berdegil dan kembali ke kediaman masing-masing. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN