fb fb fb fb fb

Angka kematian gempa bumi di China meningkat 86 orang

Gempa itu berada pada kedalaman 35km dengan pusat gempa terletak 102km barat-barat daya Lanzhou, China, kata EMSC/ REUTERS

BEIJING, 19 Disember- Seramai 86 orang maut dan 96 orang cedera selepas gempa bumi melanda wilayah sempadan Gansu-Qinghai di China hari ini, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) telah menetapkan gempa bumi pada magnitud 6.1 di rantau itu.

Gempa itu berada pada kedalaman 35km dengan pusat gempa terletak 102km barat-barat daya Lanzhou, China, kata EMSC.

Suruhanjaya Kebangsaan China memaklumkan untuk pencegahan, pengurangan dan bantuan bencana, pihak Kementerian Pengurusan Kecemasan telah mengaktifkan kecemasan bantuan bencana tahap empat, lapor Xinhua.

Satu pasukan kerja telah dihantar ke kawasan yang terjejas untuk menilai kesan bencana dan memberi panduan untuk operasi bantuan tempatan, kata laporan itu.

Sehingga kini, kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI