fb fb fb fb fb

Andrew Symonds maut dalam kemalangan jalan raya

SYDNEY, 15 Mei- Bekas pemain Kriket Australia, Andrew Symonds meninggal dunia dalam kemalangan kereta, menurut beberapa laporan media tempatan hari ini.

Pemain berusia 46 tahun itu, terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandunya di luar Townsville di negeri Queensland pada malam Sabtu.

Polis berkata pasukan perubatan cuba menyelamatkannya selepas kejadian berlaku, namun Symonds meninggal dunia akibat kecederaan parah ekoran kenderaannya terbalik.

"Kriket Australia telah kehilangan satu lagi pemain yang terbaik," kata pengerusi Cricket Australia Lachlan Henderson dalam satu kenyataan.

"Andrew adalah generasi yang memainkan peranan penting dalam kejayaan Australia di Piala Dunia dan sebagai sebahagian daripada sejarah kriket Queensland,

"Beliau adalah tokoh yang dihargai oleh peminat dan rakannya," tambahnya.

(Symonds maut dalam kemalangan pada usia 46 tahun. /AFP)

Kemalangan maut Symonds berlaku hanya beberapa bulan selepas kematian rakan seperjuangan Australia Warne dan Marsh, yang kedua-duanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Symonds bukan sahaja seorang pemain Kritket yang berbakat, bahkan beliau turut disenangi ramai kerana personalitinya yang mesra.

Beliau juga merupakan pemain terbaik dan merupakan bahagian penting dalam 50 kemenangan berturut-turut Australia pada Piala Dunia pada 2003 dan 2007.

Dalam negara, beliau bermain untuk Queensland selama 17 musim, juga muncul bersama Gloucestershire, Kent, Lancashire dan Surrey dalam Kejohanan Daerah Inggeris serta bermain untuk Deccan Chargers dan Mumbai India dalam Liga Perdana India. -AFP

Media Baharu