fb fb fb fb fb

Ancaman bom hiasi spekulasi lawatan speaker AS ke Taiwan

Foto Reuters

TAIPEI, 2 Ogos- Berita lawatan Speaker Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke Taiwan dicemari ancaman bom.

Ancaman diterima pengurusan Lapangan Terbang Taoyuan menerusi satu surat sebelum perkara dimaklumkan kepada perkhidmatan keselamatan pelabuhan udara, Kementerian Pengangkutan, Pentadbiran Aeronautik Awam serta polis. 


(Tentera Taiwan meningkatkan keupayaan unit tempurnya di tengah-tengah spekulasi mengenai lawatan Pelosi ke pulau itu)

Tiada tindakan pengosongan di lapangan terbang diumumkan, tetapi pekerja digesa mengambil langkah berjaga-jaga tahap maksimum.

Sementara itu, tentera Taiwan meningkatkan keupayaan unit tempurnya di tengah-tengah spekulasi mengenai lawatan Pelosi ke pulau itu.

Jelajah Asia Pelosi, yang merangkumi lawatannya ke Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan Jepun, menarik perhatian antarabangsa kerana beliau dikatakan akan singgah di Taiwan.

Sekiranya spekulasi itu menjadi kenyataan beliau bakal muncul sebagai ahli politik AS berpangkat tertinggi yang melawat pulau itu sejak 1997. - REUTERS

Media Baharu