fb fb fb fb fb

Anak gorilla lahir di Bioparc Fuengirola

FOTO AFP

FUENGIROLA, 2 Disember - Seekor anak gorila betina dilahirkan di Bioparc Fuengirola pada Sabtu, menandakan kelahiran pertama spesies yang dikategorikan kritikal terancam itu di Sepanyol tahun ini dan kedua di Eropah.

Menurut pihak zoo, induk gorila bernama Wefa melahirkan bayi itu di luar kawasan kandang pada waktu siang, mengejutkan penjaga dan pengunjung pada pukul 2.50 petang waktu tempatan.

Kelahiran tersebut merupakan sebahagian daripada program pembiakan Persatuan Zoo dan Akuarium Eropah (EAZA) untuk memulihara spesies gorila yang disenaraikan sebagai kritikal terancam oleh IUCN.

Bayi gorila itu kelihatan sihat dan dikendong ibunya, menunjukkan naluri keibuan kuat, manakala Wefa turut memakan sebahagian plasenta, tingkah laku semula jadi bagi primat untuk mendapatkan nutrien penting selepas bersalin.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE