fb fb fb fb fb

Amerika Latin, Caribbean harus sedia hadapi musim denggi

Foto hiasan

WASHINGTON, 29 Mac- Amerika Latin dan Caribbean harus bersedia untuk musim denggi terburuk mereka, kerana pemanasan global dan fenomena iklim El Nino meningkatkan wabak bawaan nyamuk, kata sebuah agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Dalam tempoh kurang daripada tiga bulan pada 2024, pihak berkuasa kesihatan serantau telah mencatatkan lebih 3.5 juta kes dan 1,000 kematian akibat virus itu, yang disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti.

"Mungkin ini akan menjadi musim denggi yang paling teruk (di rantau ini)," kata Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika Jarbas Barbosa.

3.5 juta kes yang direkodkan setakat ini adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada jumlah jangkitan pada tempoh sama 2023, kata Barbosa.

Denggi boleh menyebabkan demam berdarah, adalah biasa di negara yang lebih panas terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar.

Ia dianggarkan mampu menjangkiti 100 juta hingga 400 juta orang setiap tahun, walaupun kebanyakan kes adalah ringan atau tanpa gejala, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Peningkatan jumlah jangkitan dilihat di semua negara di Amerika Latin dan Caribbean, tetapi Brazil, Paraguay dan Argentina mewakili 92 peratus daripada semua kes dan 87 peratus kematian.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI