fb fb fb fb fb

Al Jazeera kecam pembunuhan wartawannya oleh Zionis

(FOTO AFP)

JERUSALEM, 12 Mei - Rangkaian media Al Jazeera mengecam jenayah kejam pembunuhan wartawan veterannya, Shireen Abu Akleh oleh rejim zionis, ketika membuat liputan mengenai serbuan tentera Israel di bandar Jenin di Tebing Barat semalam.

Pembunuhan itu disifatkan sebagai hanya bertujuan menghalang media daripada menjalankan tugas mereka.

(Menteri Pihak Berkuasa Palestin Hal Ehwal Baitulmaqdis Fadi al-Hadami (2-R) dan anggota Knesset
Arab-Israel Ayman Odeh (tengah) di rumah keluarga wartawan Al Jazeera yang terbunuh Shireen Abu Akleh / FOTO AFP)

Al Jazeera dalam kenyataannya menegaskan, kerajaan Israel dan pasukan tentera zionis bertanggungjawab atas pembunuhan wartawan beragama Kristian yang ditembak mati itu

Pihak berkuasa Israel juga bertanggungjawab menyasarkan penerbit Al Jazeera, Ali al-Samudi, yang turut ditembak di belakang ketika membuat liputan sama.-AFP

Media Baharu