CHICAGO, 17 Jun - Abbott Nutrition sekali lagi menutup operasi kilang pengeluaran susu formula bayinya.
Kali ini disebabkan ribut dan banjir.
Kenyataan Abbot menjelaskan kilangnya di Sturgis, Michigan telah menyambung semula operasi pada 4 Jun lepas.
(FOTO HIASAN)
Namun terpaksa menghentikannya sekali lagi awal minggu ini supaya syarikat dapat menilai kerosakan akibat bencana alam itu.
Keadaan itu dijangka akan menyebabkan pengeluaran dan pengagihan produk-produk baharu tertangguh untuk beberapa minggu. - AFP