fb fb fb fb fb

700 maut akibat bencana alam, angka tertinggi sejak 2011


Washington, 11 Januari
- Hampir 700 orang maut akibat bencana alam di tanah besar Amerika Syarikat pada tahun 2021, korban tertinggi sejak 2011.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) dalam satu laporan pada Isnin memaklumkan, pelbagai situasi mencabar berlaku sepanjang tahun lepas seperti cuaca panas melampau, bencana yang membinasakan termasuk bencana "bilion dollar" kedua tertinggi pernah dicatatkan.

688 kematian direkodkan akibat insiden berkaitan cuaca di 48 negeri tanah besar serta daerah Columbia, dua kali ganda berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 262 kematian.

20 insiden cuaca berasingan menyebabkan negara itu menanggung kerugian $1 bilion atau lebih.

Bencana berimpak tinggi melibatkan empat taufan, tiga puting beliung, dua banjir, gelombang sejuk, kebakaran hutan barat, kemarau serta gelombang panas.

NOAA melaporkan bahawa 2021 disenaraikan sebagai tahun keempat paling panas dalam tempoh 127 tahun, dengan purata suhu 12.5 darjah Celsius.


Media Baharu