KAHERAH, 28 Oktober- Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera dalam kemalangan ngeri melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas di sebuah lebuh raya di Mesir, hari ini.
Laman berita tempatan, Al-Ahram melaporkan pelanggaran itu berlaku di jalan padang pasir Kaherah-Alexandria berhampiran Wadi al-Natrun.
"35 orang maut, sekurang-kurangnya 18 daripadanya terbakar hingga mati, menurutnya.
Rakaman insiden di media sosial menunjukkan sebuah lori terbalik di laluan paling kanan di atas jalan raya yang hangus terbakar. -Reuters