fb fb fb fb fb

20 maut dalam nahas dua van mini di Ivory Coast

Kemalangan jalan raya sering menjadi punca maut tertinggi di Ivory Coast / AFP

ABIDJAN, 11 November- 20 orang terbunuh apabila dua van mini bertembung di selatan Ivory Coast.

Kemalangan yang berlaku kira-kira 20 kilometer dari bandar Gagnoa turut menyebabkan 11 lagi mengalami kecederaan.

Menurut Perkhidmatan Perlindungan Awam jumlah mangsa disahkan pusat kesihatan yang terletak di kampung Ahziabre, tempat berlakunya nahas.

Kemalangan jalan raya yang membawa maut kerap berlaku berpunca daripada permukaan jalan dan kenderaan yang kurang baik.

Nahas turut berpunca daripada pemandu yang tidak lulus ujian memandu.

Berdasarkan statistik Kementerian Pengangkutan Ivory Coast, dalam tempoh setahun secara puratanya kira-kira 1,000 hingga 1,500 pengguna maut akibat kemalangan jalan raya. - AFP

Trainee2