fb fb fb fb fb

20 maut, 15 cedera bas terbalik di Narino

NARINO, 16 Oktober-Sekurang-kurangnya 20 maut manakala 15 lagi cedera selepas sebuah bas dinaiki terbalik di Lebuh Raya Pan-America di barat daya Colombia.

Antara yang terkorban adalah kanak-kanak.

Menurut pegawai polis trafik Narino, Kapten Albertland Agudelo, kejadian berlaku ketika bas dalam perjalanan dari bandar Tumaco ke Cali.

Siasatan awal mengesyaki nahas terjadi selepas pemandu hilang kawalan ketika melalui selekoh.

Kawasan berkabus turut membataskan penglihatan.

(Kren digunakan untuk mengalihkan bas yang remuk selepas nahas / Foto REUTERS)

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan berlaku kegagalan mekanikal pada sistem brek.

Pasukan penyelamat mengambil masa sekitar sembilan jam bagi mengalihkan kenderaan.-REUTERS

Media Baharu