173 trak bantuan kemanusiaan mula memasuki Gaza

ISTANBUL, 13 Oktober– Sebanyak 173 trak bantuan memasuki Gaza sehari selepas perjanjian gencatan senjata antara Hamas dengan Israel termeterai.

RINGKASAN BERITA AI
  • 173 trak bantuan memasuki Gaza membawa gas memasak dan diesel untuk roti, penjana dan hospital.
  • Jumlah bantuan masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat Gaza.
  • Agensi mendesak bekalan perubatan, bahan api dan gas memasak yang berterusan dan lebih teratur.

Pejabat Media Kerajaan Palestin melaporkan, kesemua trak berkenaan telah melalui lintasan Gaza termasuk tiga trak gas memasak dan enam trak mengandungi bahan api diesel untuk digunakan di kedai-kedai membuat roti, penjana dan hospital yang sedang mengalami kekurangan bahan penting berkenaan.

Namun jumlah bantuan itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat Gaza.

Agensi itu turut mendesak bantuan bekalan perubatan yang berterusan dan lebih teratur, selain bantuan bahan api dan gas memasak.

Israel mula menyekat kemasukan trak bantuan sejak Mac lalu sehingga menyebabkan 2.4 rakyat Gaza berada di ambang kebuluran. -BERNAMA-ANADOLU