HONG KONG, 2 Disember - Polis Hong Kong telah menahan 15 individu atas tuduhan pembunuhan cuai berikutan kebakaran paling tragik bandar itu dalam beberapa dekad, yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 156 orang di Wang Fuk Court.
Kebakaran itu dipercayai diperburuk oleh penggunaan jaring plastik dan busa penebat berkualiti rendah semasa kerja pengubahsuaian, menyebabkan api merebak pantas ke tujuh blok tinggi yang menempatkan lebih 4,000 penduduk.
Pihak berkuasa memberikan penduduk peluang untuk kembali ke kediaman mereka mulai Rabu (3 Disember) bagi mengambil barangan peribadi.
Selain itu, Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee, memaklumkan 12 individu lagi ditahan dalam siasatan kes rasuah, walaupun belum jelas sama ada ada pertindihan antara kedua-dua kes itu.
Kejadian tersebut mencetuskan kebimbangan serius mengenai standard keselamatan bangunan dan penguatkuasaan semasa kerja pengubahsuaian di bandar itu.-REUTERS