ARGENTINA, 17 Jun - Dua belas penguin Magellan kembali ke habitat pada Rabu lalu selepas berjaya diselamatkan dan dipulihkan oleh Yayasan Mundo Marino Argentina.
Burung-burung akuatik tersebut diselamatkan di wilayah Buenos Aires antara Februari dan April.
Penguin Magellan itu menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat makanan, dehidrasi, parasit dan juga hipotermia kerana kekurangan bulu.
(Penguin Magellan dipulihkan oleh Yayasan Mundo Marino Argentina/Syot layar REUTERS)
"Punca kemungkinan patologi ini mungkin: perubahan iklim, kekurangan makanan dan pencemaran alam sekitar," kata pengarah teknikal Mundo Marino, Juan Pablo Loureiro.
Doktor haiwan dan juruteknik Mundo Marino membantu memulihkan kesihatan burung akuatik itu di pusat mereka yang terletak di bandar pantai San Clemente del Tuyu. - REUTERS