DUBLIN, 27 Mei - 12 orang terdiri daripada enam penumpang dan enam kru cedera akibat gelora udara dihadapi satu penerbangan dari Doha, Qatar ke Dublin, Ireland.
Penerbangan Qatar Airways itu mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan sejurus sebelum pukul 1.00 tengah hari (1200GMT) pada Ahad.
"Setelah mendarat, perkhidmatan kecemasan termasuk Polis Lapangan Terbang dan jabatan Bomba dan Penyelamatterus ke pesawat tersebut untuk menyelamatkan dan merawat 12 orang yang tercedera, " kata pihak Lapangan Terbang Dublin dalam satu kenyataan.
"Pasukan Lapangan Terbang Dublin terus memberikan bantuan penuh di darat kepada penumpang dan petugas syarikat penerbangan," katanya lagi.
Qatar Airways berkata dalam satu kenyataan bahawa 'sebilangan kecil' penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan ringan semasa penerbangan dan sedang menerima rawatan perubatan.
Setakat ini syarikat penerbangan itu tidak memberi sebarang kenyataan berhubung insiden itu.
Insiden ini berlaku seminggu selepas seorang lelaki British meninggal dunia dan ramai yang cedera apabila penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura mengalami gelora udara yang teruk. - REUTERS