fb fb fb fb fb

10 orang maut dalam serangan udara Israel di Gaza

Foto REUTERS

GAZA, 26 Disember- Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk lima wartawan terbunuh dan berpuluh-puluh orang cedera dalam serangan udara Israel di Gaza awal pagi Khamis.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza City, menyebabkan lima orang terbunuh dan 20 orang lagi cedera.

Agensi itu memberi amaran bahawa angka korban dijangka meningkat kerana masih ramai yang terperangkap di bawah runtuhan.

Dalam kejadian berasingan, lima wartawan saluran televisyen Al-Quds Al-Youm terbunuh apabila kenderaan mereka diserang berhampiran hospital Al-Awda di Nuseirat, tengah Gaza.

Media Palestin dan wartawan tempatan melaporkan bahawa kenderaan tersebut ditanda sebagai van media dan digunakan oleh wartawan untuk tugasan melaporkan dari hospital dan kem Nuseirat.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, operasi ketenteraan Israel telah menyebabkan lebih 45,361 rakyat Palestin terkorban di Gaza.- REUTERS

ROSLINA BINTI DIN