KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri memberi petanda jelas bahawa rakyat Kelantan mahukan perubahan.
Malah kemenangan tesebut memberi kesan besar kepada geopolitik Kelantan.
Penganalisis Politik, Wan Emril Wan Embong berkata keterampilan calon juga dilihat mampu melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat seperti yang diharapkan.
"Kalau kita lihat, rakyat Kelantan ini dia cukup dinamik, bijak dari segi membuat tektikal dan strategi keputusan. Kita kena ambil kira bahawa ini mungkin satu signal daripada rakyat Kelantan yang mahukan perubahan.
"Naratif yang sama dibawa di Kelatan bagaimana kita menjaga kebajikan mereka begitulah mereka mengharapkan dan memberi kesedaran kepada mereka bahawa BN, UMNO yang akan menjaga mereka secara kosisten bukan pada musim tetapi sepanjang masa," katanya kepada RTM.
Pada PRK itu, Mohd. Azmawi berjaya merampas kerusi itu dengan majoriti 3,352 undi.
BERITA BERKAITAN: