fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Baderulhisham pangku jawatan Ketua Polis Perlis

KANGAR, 22 September- Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin memangku jawatan Ketua Polis Perlis menggantikan Datuk Surina Saad yang akan bersara wajib pada Isnin depan.

Majis penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Aidi Ismail.

Ketika ditemui, Aidi amat memuji kepimpinan Surina kerana berjaya membawa kepimpinan sebagai seorang wanita bagi memimpin polis Perlis hampir empat tahun.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Surina kerana berjaya membawa kepimpinan sebagai seorang wanita bagi memimpin polis Perlis hampir empat tahun.

“Beliau berjaya mengekalkan keamanan dan keharmonian di Perlis dengan baik khusus dalam mengekang kegiatan jenayah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas itu di sini hari ini.

Surina memulakan perkhidmatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Disember 1989 dan kemudiannya dilantik sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Beliau merupakan pegawai paling lama berkhidmat di cawangan khas PDRM dan menjadi Ketua Polis wanita pertama di Perlis.